Saturday, December 27, 2014

Insepsi I

5.30 pagi.

Dijengahnya jam loceng yang ada di sisi meja. Sekejap sahaja, tidak ada sebarang bunyi. Memang dia sangat jarang untuk set jam tersebut.

Ditatapnya kembali skrin laptop. Tak banyak orang online ketika ini, macam biasa di hari bekerja. Tidak ada bebenang baru yang nampak best. Padahal kalau ketika itu sesiapa nak buka thread kontroversi yang boleh mengundang penghantaran ke Bora Bora boleh saja berbuat demikian. Bukan ada mod yang rajin nak bertugas time tu.

Sigh.

Solat Subuh. Tukar baju yang kononnya nampak lebih appropriate untuk joging.

Jemal keluar rumah jam 5.50 pagi. Macam biasa, joging sekadar ikut mood. Bila terasa nak joging dia akan joging. Selalunya kalau tak tidur malam dan terasa rajin baru dia akan keluar. Itu pun bukan joging, dia lebih mengklasifikasikan dirinya sebagai seorang 'walker'. Lebih suka berjalan dari joging.

Sampai di simpang terhidu bau air sampah yang biasa datang dari lori. Tapi bukan itu yang menjadi tumpuan utama.

Fuck.

3 ekor anjing kelihatan di kejauhan. Turut kelihatan dua individu, nampak macam bukan pemilik.

Dia mempercepatkan langkah. Seperti dijangka tiga ekor haiwan tersebut datang mendekati, menyalak. Dia menyumpah dalam hati.

Celaka.

Tiga ekor anjing tersebut yang sepatutnya dibawa sekali ke program "I Want to Touch a Dog" yang heboh satu ketika dulu. Bukan setakat yang jinak-jinak bodoh yang kau boleh belai dan peluk macam orang putih buat. Tengok kau sanggup bawa anjing-anjing sebegini dan tengok sama ada orang ramai sanggup datang nak tengok.

Jemal buat selamba cuba menenangkan diri. Sambil bergelut dengan ketakutan, kerisauan dan paranoid dalam hati. Takut kena gigit sebenarnya.

Sepertimana selalunya, anjing-anjing sebegini bila dia tengok kau tak ambik pot pasal depa, lepas tu depa akan blah begitu saja. Mujur setakat ni Jemal belum terserempak dengan anjing spesis mengejar menjerkah menyinga menyeringai. Ada rasanya, cuma tuan empunya sangat sensible dan kurung makhluk tersebut di dalam rumah. Tapi masih menyumpah bila mereka menyalak. Bising bai.

Jalan besar. Kali ini dia membelakangi lalulintas, ambil side sebelah kiri. Paranoid bila menghadap lalulintas kali ini. Rasa tidak selesa ditenung. Itu pun kalau ada orang yang melihat dan sanggup membuang masa menenung,

Okey, set distance. Kali ni sampai hujung jambatan. Dia buka langkah pantas, bajet membuat brisk walk kononnya. Tidak berapa lama kemudian, dia membuka langkah joging pula.

Hanya bertahan beberapa minit. Terasa mengah ya amat. Barua! Selalunya dahulu dia boleh bertahan agak lama kalau joging sebegini.

Celaka.

Ini mesti sebab berat badan. Agaknya sudah mencapai 100kg. Sepertimana yang berlaku Disember lepas bila membuat medical check-up sebelum masuk PLKN. Sebelum tu tak berani nak timbang berat, tak boleh menerima hakikat.

Yang bestnya bila masuk crash course 3 bulan itu boleh turun 13kg. Sangat satisfied, dia berasa ketika itu berada dalam most better condition throughout his life dengan makan dan senaman teratur. Habis tempoh bayar hutang dengan kerajaan, makan ke mana senaman ke mana. Pam angin cepat betul buat kerja tanpa sebarang kawalan.

Mengah.

Tidak sampai sasaran untuk sampai ke jambatan di hadapan, dia decide untuk kurangkan jarak. U-turn semula dan buat brisk walk untuk balik semula. At least peluh banyak hari ini sebagaimana selalunya.

Ramai orang berkata kalau kau stress, jalan terbaik untuk hilangkan adalah dengan keluar take a walk or jog somewhere. Tidak bagi Jemal. Walking pada beliau adalah selalunya situasi di mana otaknya ligat berfikir. Kebanyakannya berfikir tentang benda pelik-pelik. Idea untuk menulis cerita antaranya.

Ternampak dua orang mamat melepak di bahu jalan. Dia mempercepatkan langkah, tundukkan muka. Tak sanggup bertentang mata. Rasa tidak senang dilihat orang. Melepasi mereka tidak lama kemudian, dia menarik nafas panjang.

Sampai ke simpang semula, 3 anjing tadi tidak kelihatan. Dia mempercepatkan langkah. Sudah mula terasa penat. Masuk simpang menghala ke rumah, nampak di kejauhan ada dua ekor anjing coklat di simpang pertama, dan seekor anjing putih di simpang kedua.

Dia ambil simpang kedua.

Macam biasa dia buat tak pot tapi lama-lama terasa yang anjing putih itu ikut dia dari belakang. Kemudian memintas sambil memancut di tayar sebuah kereta Kancil malang yang parking di tepi lorong itu.

Dia meneruskan langkah. Dan anjing tersebut kekal membontoti sehingga sampai ke simpang menghala ke rumah Jemal.

Celaka.

Anjing tersebut berada di depannya. Mereka bertentang mata.
Jemal buat muka cool buat-buat tenang. Dalam hati berkata "Hoi anjing, aku tak kacau kau, better kau jangan kacau aku,".

Anjing tu menyalak. Darah Jemal berderau.

Buat selamba, dia meneruskan langkah. Dan anjing tersebut berada hampir di sisinya. Sebelum berhenti mengekori ketika Jemal membuka gate rumah.

Masuk rumah dia menarik nafas. Dipandangnya ke luar, anjing tersebut menghidu tong sampah depan rumah beliau. Bajet nak membongkar cari rezeki la tu. Jemal hentak kaki. Anjing putih itu berlalu pergi.

Dia buka kasut, masuk dalam rumah. Bapak sudah tercongok menghadap laptop membuat kerja sebagaimana selalunya. Langsung tak reti-reti nak cuti rehat macam guru-guru lain buat ketika cuti sekolah ni.

Dia ke dapur membuat amalan selalunya. Satu sudu cuka dan dua sudu madu bancuh dengan segelas air, minum. Mak suruh beliau cuba, tapi setakat ni minum takde efek apa-apa.

Dia naik ke atas masuk semula bilik. Japeri terbongkang di katil. Macam dia juga sementara menunggu keputusan SPM dok melepak kat rumah, online main game makan tidur.

Fuck bila aku nak kerja ni! Jemal jerit dalam hati.

Dia bentang tilam, ambil bantal dan rebahkan badan. Sambil baring-baring dia terfikir untuk kembali menulis. Kononnya impian satu ketika dulu. Tapi dia nak tulis pasal apa?